Diari Aura

oleh Datin Ira Ghani, Pengasas Aura Seri

Temui Datin Ira di RTM1

Tontoni Datin Ira di RTM1 di dalam program SP1M pada jam 9:05pagi pada hari esok bersamaan 9 Mac 2011. Topik yang dibincangkan adalah “Kecantikan dan Wanita”. Pastikan anda menonton dan dapatkan tips-tips yang akan Datin Ira kongsikan kepada anda.

Transformasikan Dirimu

Program trasformasi terbaik masa kini di Malaysia, program Millionaire Mind Power yang terbukti berkesan yang akan mengubah minda dan diri kearah yang lebih positive, sejahtera serta laluan
menjadi Jutawan dengan lebih cepat!!!
sila layari www.millionairemindpower.com.my

Sembang Motivasi


Ikuti sembang motivasi di RTM 1 di dalam program SP1M setiap Sabtu jam 8:40 pagi. Melalui program ini Datin Ira akan membincangkan topik-topik terkini, keluarga, kesihatan, kecantikan dan bermacam-macam lagi topik menarik.

Pelancaran Auraseri Powersalt di Hotel Seri Pacific KL

Auraseri Powersalt di Metro 27 Feb 2011

Datin Ira di Majalah inTrend

Datin Ira di Media Hiburan

Aura Seri @ Karnival Gegaria Harian Metro

Aura Seri merupakan salah satu penaja di dalam karnival tersebut. Di dalam peluang ini, Aura Seri telah membuka booth jualan bagi mempromosikan produk-produk sedia ada dan beberapa produk terbaru keluaran syarikat ini. Pada 18-19 Julai yang lalu, Karnival ini telah diadakan di Dataran Batu Pahat, Johor. Dan terbaru ianya diadakan di Dataran Dungun, Terengganu pada 9-10 Oktober 2009. Kedua-dua lokasi ini sungguh meriah!! HARGA DURIAN RUNTUH  adalah tarikan utama pengunjung menjengah ke booth Aura Seri untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan produk berkualiti kami. Di samping kehadiran artis-artis terkenal tanah air seperti Roslan Shah, Fazly Zainal, Razali (audition), Erry Putra & Alif Razali (Af6). Mereka sama-sama turut menggamatkan booth Aura Seri dengan mengadakan games yang menarik kepada pengunjung, persembahan oleh mereka sendiri secara live di booth kami dan yang penting sekali mereka juga mempunyai bakat terpendam sebagai peniaga/penjual yang sangat hebat. Aura Seri rasa bertuah dan berbangga kerana dapat sama-sama memeriahkan program seperti bersama Harian Metro. Dengan kerjasama ini, kita dapat mengeratkan silaturahim sesama kita iaitu orang ramai bersama artis-artis tanah air, bersama orang-orang kuat Harian Metro, pengasas Aura Seri serta bersama penaja-penaja yang lain. Alhamdulillah Karnival ini dapat dijalankan dengan jayanya..

Nantikan kemunculan Aura Seri di Karnival GEGARIA Harian Metro di lokasi-lokasi berikutnya iaitu di Taping, Muar dan Kangar. Teruskan membeca Harian Metro dan Melayari Laman web rasmi kami bagi mengetahui perkembangan semasa mengenai program ini. Terima Kasih

JOM MELANCONG !!!

Le Tour De Aura Seri Beijing 2006
Le Tour De Aura Seri Beijing 2006

 

Pada hujung tahun 2006 Aura Seri telah menjelajag bumi beijing  bersama para stokis dan pengedar seramai 48 orang bersama artis. Kini LE TOUR DE AURA SERI BEIJING telah kembali!!! Percutian PERCUMA dengan menjelajahi salah satu keajaiban dunia, GREAT WALL di bumi BEIJING. Nikmati keseronokan musim sejuk sambil sakan membeli belah. Anda juga Layak menyertainya. Jangan Kertinggalan untuk menjadi salah seorang dari peserta rombongan!!! Tempat adalah terhad!!! Sebarang info lanjut menegenainya, hubungi segera HOTLINE Aura Seri di Talian 03-4023 1286 / 03-4023 3286.

Jangan Lepaskan Peluang Keemasan ini !!! 

Aura Seri @ Ttitipan Kasih Harian Metro Part 2

Gambar bersama anak-anak yatim Felda Jengka 3, Pahang
Gambar bersama anak-anak yatim Felda Jengka 3, Pahang

 

Sekali lagi Aura Seri dijemput oleh Harian Metro untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis Titipan Kasih Harian Metro bersama anak-anak yatim di Felda Jengka 3 pada 12 September 2009. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, kami dari pihak Aura Seri juga Prihatin terhadap anak-anak yang kurang bernasib baik, juga yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. oleh kerana itulah kami dan Harian Metro peka dengan keadaan ini. Pelbagai Hadiah dan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, keperluan harian, baju raya, motivasi minda dan pelbagai lagi yang telah disediakan kepada mereka di sana. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Semoga anak-anak tersebut mendapat dapat merasa sedikit kasih sayang yang cuba kami berikan dan kita semua sama-sama mendapat keberkatan oleh Allah s.w.t. Terima Kasih kepada pihak Harian Metro yang sudi menjemput Aura Seri bagi sama-sama menjayakan program tersebut. insyaAllah semoga kita akan dapat bekerjasama lagi dimasa akan datang.